Saturday, 25 August 2012

Mendaki Bukit Miku

Di Rembau, jalan raya yang paling mencabar ialah di Bukit Miku. Naik basikal ke puncak Bukit Miku, lebih kurang setengah jam jugak (bagi intermidiate) dari Petronas Gas Pipe line. Kalau dah pro, sekali henjut je dah boleh sampai atas. Di bawah ini adalah rajah perjalanan dan ketinggian Bukit Miku.



Friday, 24 August 2012

Selamat Hari Raya

Di Bulan yang mulia ini Chik Tam ingin mengucapkan kan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga raya tahun ini lebih meriah lagi dan jangan lupa banyakkan beribadah. Jangan lupa puasa 6 pada bulan syawal. Di sini saya sertakan lukisan lakar dari anak bongsu saya.

Baru Buka Blog

Yes.... Blog ini baru dibuka hari ini. Cuti raya tahun ini telah membuka minda dan mengajak diri saya untuk mewujudkan satu blog. Buat masa ini blog yang saya wujudkan adalah bertema hobi saya, iaitu berrekreasi pada masa cuti. Berbasikal dan riadah jogging di kawasan Rembau. Gambar di bawah adalah activiti berbasikal sebelum bulan Ramadhan 1433H

Gambar ini di ambil semasa tengah berehat dan hendak meneruskan perjalanan mendaki bukit. Ketinggian tidak tinggi sangat lebih kurang 400-500 meter dan kecerunan yang paling cerun ialah 35o. Lokasi rekreasi di ladang kelapa sawit Pedas, Rembau.